Rules, Regulations & Info

Lot 7040 Homestay Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka
Rules, Regulations & Info

TERIMA KASIH kerana menginap di homestay ini. Harap anda merasa selesa di sini dan hormatilah ia sebagai sebuah kediaman. Santunilah rumah ini seperti rumah anda sendiri di sepanjang penginapan. 

Berikut adalah 10 peraturan yang perlu bagi perkhidmatan homestay ini untuk 
kebaikan bersama.

1. Dadah, aktiviti haram dan menyalahi undang-undang agama dan negara adalah 
DILARANG.

2. MASA masuk (check-in) > 2.00 PM dan masa keluar (check-out) < 12.00 PM. Sila tepati masa untuk check-in dan check-out. Nego.

3. Sila pastikan pintu rumah DI KUNCI setiap kali meninggalkan rumah untuk mengelakkan orang asing atau ayam, kera, kambing, lembu dan kucing memasuki rumah.

4. Sila gunakan DAPUR kami, tetapi harap dapat bersihkan seperti sediakala.

5. Aktiviti luar seperti BBQ dll. adalah di benarkan berhampiran rumah.

6. Anda boleh memetik SAYURAN yang ada untuk kegunaan semasa menginap dengan kebenaran. 

7. Menjaga KEBERSIHAN dalam dan luar rumah. Sampah perlu dibersihkan dan dibuang di dalam tong sampah, anda boleh membuangnya di tong sampah hitam diluar rumah dan tutup dgn rapat. 

8. KESELAMATAN diri dan barang berharga adalah tanggungjawab anda. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap semua jenis tuntutan, guaman, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan/kehilangan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan homestay ini.

9. Anda adalah bertanggungjawab di atas keselamatan PERKAKAS RUMAH, kelengkapan, perabot & elektrik. Kerosakan terhadap perkakas rumah perlulah diganti dengan sewajarnya. 

10. Kos KEHILANGAN KUNCI adalah RM20. 


Additional Info
i. Sekiranya anda memerlukan peralatan rumah, seperti vaccum cleaner etc, sila 
beritahu kami di rumah sebelah.
ii. Balai Polis berhampiran ialah di Masjid Tanah : 06-384 2222
iii. Hospital berhampiran ialah Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak sekiranya berlaku kecemasan. 06-357 3201
iv. Nak pergi pantai paling dekat, Pantai Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak.
v. 7-Eleven terdekat di Pengkalan Balak. 
vi. Dobi terdekat di Pengkalan Balak, sebelah 7-Eleven atau di Pekan Masjid Tanah. 

Terima kasih. 

LOT7040 HOMESTAY
0196362214. 
Facebook ( Find here for latest update)

Check our Homestay Availability here:
https://goo.gl/LKjZg7 (Open in Chrome)

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Termurah di Melaka

Homestay Lot7040 Tanjung Bidara dan berhampiran dengan Pengkalan Balak