Posts

Showing posts from July, 2018

Rules, Regulations & Info

Lot 7040 Homestay Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka Rules, Regulations & Info TERIMA KASIH kerana menginap di homestay ini. Harap anda merasa selesa di sini dan hormatilah  ia sebagai sebuah kediaman. Santunilah rumah ini seperti rumah anda sendiri di sepanjang penginapan.  Berikut adalah 10 peraturan yang perlu bagi perkhidmatan homestay ini untuk  kebaikan bersama. 1. Dadah, aktiviti haram dan menyalahi undang-undang agama dan negara adalah  DILARANG . 2. MASA masuk (check-in) > 2.00 PM dan masa keluar (check-out) < 12.00 PM. Sila tepati masa untuk check-in dan check-out. Nego. 3. Sila pastikan pintu rumah DI KUNCI setiap kali meninggalkan rumah untuk  mengelakkan orang asing atau ayam, kera, kambing, lembu dan kucing memasuki  rumah. 4. Sila gunakan DAPUR kami, tetapi harap dapat bersihkan seperti sediakala. 5. Aktiviti luar seperti BBQ dll. adalah di benarkan berhampiran rumah. 6. Anda boleh memetik ...

Homestay Termurah di Melaka

Image
Unbeatable Introduction Price.  Homestay di Lot 7040 adalah sebuah rumah penginapan dengan suasana kampung yang nyaman. Ia dikelilingi tanah yang lapang, angin laut hampir setiap masa dengan tanaman sayuran dan lokasinya di atas bukit. Maka, ia sangat sesuai untuk keluarga sederhana besar untuk bercuti di sekitar Melaka dan ia menjimatkan kos penginapan. 3 malam satu ratus lima puluh jee... Saiz binaan rumah adalah 20 x 28 kaki. Ia tidak besar, tetapi ia adalah sebuah rumah yan g lengkap, bukan rumah teres atau chalet. Dengan mempunyai 2 bilik (10' x 10' each), 1 bilik air, dapur memasak, meja makan, ruang tamu, parking dan juga ruangan untuk BBQ ia adalah amat berbaloi. Selain itu, Satelite TV, Peti Sejuk dan mesin basuh disediakan. Memasak juga dibenarkan dan peralatan asas dapur disediakan. Homestay ini terletak di Lot 7040, Jalan Bidara Palma, Tanjung Bidara. Berhampiran dengan pusat peranginan Pantai Tanjung Bidara (800 Meter) dan Pantai Pengkalan Bal...