Homestay Termurah di Melaka
Unbeatable Introduction Price.
Homestay di Lot 7040 adalah sebuah rumah penginapan dengan suasana kampung yang nyaman. Ia dikelilingi tanah yang lapang, angin laut hampir setiap masa dengan tanaman sayuran dan lokasinya di atas bukit. Maka, ia sangat sesuai untuk keluarga sederhana besar untuk bercuti di sekitar Melaka dan ia menjimatkan kos penginapan. 3 malam satu ratus lima puluh jee... Saiz binaan rumah adalah 20 x 28 kaki. Ia tidak besar, tetapi ia adalah sebuah rumah yang lengkap, bukan rumah teres atau chalet.
Dengan mempunyai 2 bilik (10' x 10' each), 1 bilik air, dapur memasak, meja makan, ruang tamu, parking dan juga ruangan untuk BBQ ia adalah amat berbaloi. Selain itu, Satelite TV, Peti Sejuk dan mesin basuh disediakan. Memasak juga dibenarkan dan peralatan asas dapur disediakan.
Homestay ini terletak di Lot 7040, Jalan Bidara Palma, Tanjung Bidara. Berhampiran dengan pusat peranginan Pantai Tanjung Bidara (800 Meter) dan Pantai Pengkalan Balak (5 KM). Ia adalah rumah kampung dan bukannya rumah taman.
Marilah, nikmati penjimatan untuk penginapan dan wang yang lebih anda boleh belanjakan untuk yang lain. Melawat Melaka, bererti melawat Malaysia.
RM50/night/weekday. Tempoh terhad. Now, EveryOne Can Stay, Longer.
Kami juga menyediakan *PEKEJ MENU ASAM PEDAS* dan *NASI PUTIH* untuk LUNCH atau DINNER (salah satu).
Pekej yang kami sediakan ini sesuai untuk 4 orang makan. Asam pedas kami adalah resepi turun temurun yang dijamin puas hati jika menikmati hidangan masih panas. Asam pedas yang kami sediakan seperti DAGING TETEL, IKAN DURI/MAYONG atau IKAN PARANG dan bergantung kepada bekalan *IKAN FRESH* sahaja.
Jika tuan/puan berminat dengan pekej kami ini, boleh mesej kami dan sertakan bayaran pekej ini sebanyak RM50/satu hidangan.
Tidak perlu keluar rumah untuk menikmati Asam Pedas Melaka.
Check-In (>2PM) and Check-Out (<12PM). Rumah tuan rumah sebelah jee... boleh dapat bantuan hampir setiap masa. Insya Allah.
Call/WhatsApp for any additional info/booking:
https://www.booking.com - for online booking
https://www.booking.com - for online booking
0196362214 - for offline booking Call/WhatsApp Puan Hirne.
Check our Homestay Availability here:
Location:
Homestay 7040
2ยฐ17'55.3"N 102ยฐ05'28.0"E
2.298684, 102.091119
Full Address:
LOT 7040, JALAN BIDARA PALMA,
TANJUNG BIDARA, MASJID TANAH,
78300 MELAKA.
Comments
Post a Comment